Thursday, 27 September 2012

Sadness~

      Hallo ! opss, lupa pula 'Assalamualaikum' hehehe.. sorry~ okay hari ni iaitu bersamaan tanggal 27/09/2012 bersamaan hari jumaat (yeah! cuti, hohoho~) merupakan hari... apa ye? hahaha sorry! just kidding! aduii apa ye aku mau tlis kat sini? alamak lupa doh! tu la banyak sangat kau mrepek kat sini aiza! (ketuk kepala sendiri sambil mema**) hisyy! tak jadi la aku nak tulis pasal tu sbab aku dah lupa dah! :'( 

           Korang perasan tak? aku ni dah lama tak tulis blog kan? nak kata penat, tak jugak.. nak kata 'rajin belajar' pun tak jugak.. tapi aku sebenarnya nya ni PEMALAS! huh~ ye la mana tak nya.. asal balik dari asrama je dah buat muka mengantuk! penat tau dak?! ekk? pe aku merepek nie? 

           For your information, aku pun tak tau ape yang aku tulis kat sini nie? bangang betul la! ;p huh! aiza  stop blaming yourself! okay, berbalik kepada cerita yang aku mau cerita tadi. sebenarnya kan, aku sedih sangat sebab arwah Yasmin J Hunwick dah 'tiada'. aku dapat tau cerita ni pun dari buddyz aku si Wan. masa tu aku memang tak percaya langsung yang kak yasmin dah tak ada. tapi first-2 aku baca blog nya tu, baru aku tau yang dia dah pergi buat selama-lamanya. kenapa baru hari ke-100 lebih dia pergi baru ada seseorang bagitau aku?... akusedihtautak?!! 

               Huh! dah lah~ tak ada gunanya aku bersedih-sedih tapi dia tak jugak kembali.. dah takdir Tuhan, nak buat macam mana? kan? semoga dia aman di 'sana'.. al-fatihah...  

Sunday, 11 March 2012

kawan

Hai blog! how r u ? lama dah tak update blog ni. Maaf, selama beberapa hari ni aiza tak tulis apa-apa kat sini. Busy betul lah! Cehh~ hahaha... Aiza nak cerita fasal kawan aiza ni. Balik-balik cerita fasal kawan aiza. Korang mesti bosan kan? hahahaha.. Ni nak citer nie dengar ya.. kawan aiza ni namanya ***** dia ni kan lain betul perangai nya, dia ni suka kawan yang kaya, cantik dan popular je yang dia pilih jadi kawan. Kalau yang miskin, hodoh dan tak popular tu dia langsung tak nak kawan apatah lagi menegur.  Hampeh~ Aiza cuma nak nasihatkan dia ni kalau pilih kawan tu jangan nak tengok rupa paras dia je, tengok juga hati dan budi pekertinya. a good friend who always helps in times of hardship and easy, that's a true friend! So, kalau dia dah terbaca post aiza ni.. alhamdulillah.. 

Saturday, 31 December 2011

New Year ?!

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru ^_^ 2012. Sempena tahun baru ni kan, mesti korang ada azam. Betul tak? Kalau aiza lah kan, aiza ada banyak azam. Pertama, aiza nak jadi pelajar paling pintar di MRSM. Hehehe, memang tak kan dapat lah, sebab banyak lagi budak yang pandai-pandai kat MRSM tu. Bukan nye sorang dua je. Yang kedua pula, aiza nak bahagiakan mama dan papa aiza, bahawasannya, aiza boleh melakukan yang terbaik dan tidak mahu menyusahkan mereka berdua. Yang ketiga pula, ehem, ehem, ehem,.. Sorry,  i can not tell u anymore. Hehehe. Ok lah, pergi dulu. Aiza nak packing barang-barang aiza dulu. Esok kan aiza nak balik hostel. Jadi kena berkemas awal-awal lah. Kalau tak nanti mama marah pula. Hehehehe. Ok BYE!! Wasalam...

Thursday, 15 December 2011

Short Blog~

Assalamualaikum! Hai, apa khabar? Maaflah dah lama aiza tak tulis cerita-cerita baru. Aiza ada hal sedikit masa tu, jadi tak dapatlah aiza tulis blog. Huhuhu~ you want to know my story? Kalau nak dengar jerit YA, kalau tak mahu dengar jerit TIDAK. Easy kan? Tak payah korang tekan button. Cuma perlu keluarkan air liur je. Hahahahaha. Anyway, thanks for follow my blog. I really appreciate it. Walaupun cuma 8 orang je, aiza tetap bersyukur. Daripada tak ada, buat malu aiza je tulis blog banyak-banyak. Ok lah, next time lah aiza cerita. Aiza nak pergi dahulu sebab ada hal kecemasan. Babai, wassalam.

Thursday, 8 December 2011

짐승 !!

Assalamualaikum. Hai, apa khabar? Maaf pasal kelmarin aiza tak tulis cerita baru. Lagipun, apa yang aiza nak ceritakan. Balik-balik pasal diri aiza je, nanti korang bosan pula~ Tadi masa jalan-jalan di Starbucks sama kawan aiza, aiza terdengar lagu korea dari laptop kawan aiza, tajuk lagunya ialah Fiction. Aiza tanyalah lagu siapa ni? Jadi dia pun jawablah lagu ni dari kumpulan Beast dan tajuk lagunya Fiction. Eeee, memang best lah lagunya! Patutlah orang Malaysia ni suka sangat lagu orang Korea. Hahaha, memang aiza tak nafikan lagu korea tu memang best! Mulai sekarang aiza mula sudah minat penyanyi kumpulan korea seperti Beast. Tapi aiza ni taklah fanatik sangat ye. Sekadar suka-suka je. Hehehe.



Hah, yang kat atas ni aiza sertakan sekali gambar-gambar ahli kumpulan Beast. Dan, yang paling minat sekali ialah ialah Dong Woon. Sebab dia handsome. (amboi, gatalnya. hahaha). Sorry lah ya, gambar kat atas ni blur lah~ hehehe, sorry! Ok lah aiza nak stop dulu dekat sini. Bye, wasalam.

Monday, 5 December 2011

Sedih ..

Assalamualaikum, hai~ lama dah tak update blog aiza ni. Dah berhabuk dah, fuhh~ Maaf, pasal lama dah tak tulis blog baru-baru ni. Aiza baru balik dari sakit ---> *FEVER* <--- Huhuhu, memang merana aiza dibuatnya. Tapi, yang paling aiza sedih, mama dan papa langsung tak pulang. Mama dan papa aiza ada kursus di luar negara, jadi, tinggal kak mira, aiza, bibik hajar, bibik ana dan pak man je yang ada di rumah. Puas bibik hajar call mama dan papa, suruh diorang balik tapi diorang kata "suruh pak man hantar aiza ke klinik". Itu je diorang kata. Aiza sedih sangat-sangat diorang tak jenguk-jenguk aiza. Sekurang-kurangnya call lah aiza tanya perkembangan. Lagipun diorang balik lama lagi, papa balik 23 Dec bersamaan hari jumaat, mama pula tanggal 25 Dec bersamaan hari ahad. Sekarang baru tanggal 5 Dec. Macam mana lah hidup aiza dan kak mira di masa akan datang nanti?

Thursday, 1 December 2011

I'm Back !!

Assalamualaikum. Huh~ Penatnya aiza sekarang ni. Semalam kami sekeluarga baru balik dari London. Walaupun penat tetapi best! Hahahaha, sudah 2 tahun aiza tak pergi ke Kota London. Rindu sangat-sangat. Hehehehe. Semalam pesawat yang aiza naiki tiba jam 8 malam. Nasib baik Pak Man dah ada depan pintu KLIA. Kalau tak, tak tahulah~ Sekarang ni aiza tak boleh upload gambar. Sebab, camera sekarang ada sama kak mira. Kalau dia sudah habis pakai baru aiza boleh upload gambar-gambar aiza di London. Kalau nak tengok kena sabar, kan sabar tu sebahagian daripada iman, heheheheh.

Kita cakap pasal lain pula, emmm, pasal apa ya? Oh ya! Pasal perlawanan bola sepak antara Malaysia lwn Bahrain. 2-3 kan?! Huh~ Malaysia kalah pada Bahrain?!! Oh no~ kenapa lah boleh kalah? Huhuhu, sedih nie. Tak apalah, dah itu takdirNya, nak buat macam mana? Ok lah, sampai sini sahaja, aiza nak out dulu. Nak lepaskan kesedihan. Huhuhu, bye, wassalam...